Wednesday, December 16, 2015

Wakaf al'Qur'an yang telah diberikan kepada "Kelab Damai UUM"

al-Qur'an terjemahan cina yang telah diberikan kepada pihak Kelab Damai UUM beberapa bulan lepas.

Sebanyak 18 naskah al-Qur'an terjemahan bahasa cina telahpun diedarkan kepada persatuan siswa "Kelab Damai UUM". Begitu hebatnya mereka menjalankan streetdakwah dengan siswa Non-Muslim..

Diantaranya UUM students berjaya menjalankan streetdakwah kepada non muslim, dimana salah satu naskah Quran terjemahan cina (RM30, versi D, kulit hijau) telahpun diedarkan kepadanya. 

Daripada Facebook Page Kelab Damai UUM :

Assalamualaikum & salam sejahtera warga kampus
Alhamdulillah Street Dakwah:Terrorisme telah melabuhkan tirai programnya pada hari ini. Program yang begitu rancak ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut.
Ternyata Islam ini tidak asing bagi not-yet muslim kerana mereka dikelilingi rakan-rakan muslim. Mereka sangat teruja apabila dapat mengetahui Islam itu dan tidak kurang pula pada yang bertanya pelbagai persoalan mengenai Islam. Buku-buku dan bahan ilmiah terutamanya Al-Quran terjemahan daripada berbagai bahasa menarik tumpuan utama kepada not-yet Muslim
Ucapan terima kasih kepada kru Street Dakwah:Terrorism (SDT) kerana telah bertungkus lumus dalam persiapan dan mencurahkan sepenuh kudrat tenaga sepanjang program ini berlangsung. Program tahunan ini telah dirangka dan diselia oleh saudara Pawaka Legendria dan Muhammad Syukhri Shafee yang bukan lagi individu asing dalam dunia dakwah kepada not-yet Muslim
Program yang disertai hampir 60 orang sukerelawan ini telah dimeriahkan lagi dengan penerimaan sumbangan buku dan bahan-bahan ilmiah daripada pelbagai badan bukan kerajaan(NGO) .

al-Qur'an versi B (RM70) Red Hard Cover.. Di antara Quran terjemahan yang amat terkenal di Malaysia. 
Setinggi-tinggi penghargaan juga dituju kepada Sahabat YADIM UUM kerana turut membantu dari segi tenaga dan kewangan.
Dan tidak lupa kepada mahasiswa/i yang bersama-sama memeriahkan suasana Street Dakwah kali ini. Juga istimewa buat not yet muslim, kami kru SDT sangat menghargai sikap keterbukaan anda yang menerima & mendengar tentang Islam. Semoga jalan kebenaran menjadi milik kita semua.











No comments:

Post a Comment